Minggu, 13 Januari 2013

24 Peringatan Buat Wanita

1. Urusan pertama yang ditanyakan pada hari akhirat nanti ialah mengenai solat dan mengenai urusan suaminya (apakah ia menjalankan kewajipannya atau tidak).
2. Apabila wanita itu lari dari rumah suaminya maka tidak diterima solatnya sehingga kembali ia dan menghulurkan tangannya kepada suaminya (meminta ampun).
3. Siapapun perempuan yang memakai wangi-wangian, kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi agar mereka tercium bau harumnya, maka dia adalah perempuan zina dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina.
4. Sebaik-baik wanita ialah tinggal di rumah, tidak keluar kecuali atas urusan yang mustahak. Wanita yang keluar rumah akan dipesonakan oleh iblis. Sabda Nabi s.a.w., “Perempuan itu aurat, maka apabila ia keluar mendongak syaitan memandang akan dia.”
5. Haram bagi wanita melihat lelaki sebagaimana lelaki haram melihat wanita yang halal nikah (kecuali dalam urusan menuntut ilmu dan transaksi jual beli).
6. Diriwayatkan bahwa pada suatu hari ketika Rasulullah s.a.w. bersama isteri-isterinya (Ummu Salamah r.ha. dan Maimunah r.ha.), datang seorang sahabat yang buta matanya (Ibnu Ummi Maktum) Rasulullah saw. menyuruh isteri-isterinya masuk ke dalam. Bertanya Ummu Salamah, “Bukankah orang itu tidak dapat melihat kami, Ya Rasulullah ?” Rasulullah saw. Balik bertanya, “Bukankah kamu dapat melihatnya.”
7.    Perempuan yang mengenakan pakaian dalam keadaan berhias (bukan untuk suami dan mahramnya) adalah seumpama gelap-gulita pada hari Qiamat, tiada Nur baginya.
8. Siapapun wanita yang bermuka masam, menyebabkan suaminya tersinggung, maka wanita itu dimurkai Allah sehingga ia bermanis muka dan tersenyum mesra pada suaminya.
9. Tidak boleh seorang istri mengerjakan puasa sunnah kalau suaminya ada di rumah serta tidak mengizinkan dia berpuasa.
10.    Hendaklah isteri berpuas hati (redha) dengan suaminya yang telah dijodohkan oleh Allah, baik dalam kondisi miskin atau kaya.
11.    Perempuan tidak berhak keluar dari rumahnya melainkan jika terpaksa (kerana sesuatu urusan yang mustahak) dan ia juga tidak berhak melalui jalan lalu lalang, melainkan di tepi-tepinya.
12.    Apabila suami memanggil isterinya ke tempat tidur, tetapi dia menolaknya hingga marahlah suaminya, maka semalaman wanita itu dilaknat oleh malaikat hingga pagi.
13.    Wanita-wanita yang menggunakan lidahnya untuk menyakiti hati suaminya, ia akan mendapat laknat dan kemurkaan Allah, laknat malaikat juga laknat manusia sekalian.
14.    Tidak boleh seseorang manusia sujud kepada manusia. Seandainya diperbolehkan, maka akan aku perintahkan semua kaum wanita sujud pada suaminya, kerana besarnya hak-hak suami mereka.
15.    Wanita yang menyakiti hati suaminya dengan lidahnya pada hari Qiamat nanti Allah jadikan lidahnya sepanjang 70 hasta kemudian diikat ke belakang lehernya.
16.    “Aku lihat api neraka, tidak pernah aku lihat seperti hari ini, karena ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya. Telah aku saksikan kebanyakan ahli neraka ialah wanita.” Rasulullah saw. ditanyai, “Mengapa demikian Ya Rasulullah?” Jawab Rasulullah saw. “Wanita mengkufurkan suaminya dan mengkufurkan kebaikannya. Jika engkau berbuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia masih belum rasa berpuas hati dan cukup.”
17.    “Kebanyakan ahli neraka adalah terdiri dari kaum wanita.” Maka menangislah mereka dan bertanya salah seorang dari mereka, “Mengapa terjadi demikian, apakah karena mereka berzina atau membunuh anak atau kafir?” Jawab Nabi s.a.w. “Tidak, mereka ini ialah mereka yang tidak bersyukur akan nikmat suaminya. Sesungguhnya tiap-tiap seorang kamu adalah dalam nikmat suaminya.”
18. Keadaan wanita 10 kali lipat seorang lelaki di dalam neraka dan 2 kali lipat seorang lelaki di dalam surga.
19. “Kebanyakan wanita itu adalah penghuni neraka dan menjadi kayu bakar api neraka.” Spontan Aishah bertanya, “Mengapa wahai Rasulullah s.a.w.?” Jawab Rasulullah s.a.w.:
a.    Kerana kebanyakan perempuan itu tidak sabar dalam menghadapi kesusahan, kesakitan dan cobaan seperti kesakitan melahirkan anak, mendidik anak-anak dan melayani suami serta melakukan kerja-kerja rumah.
b.    Tiada memuji (bersyukur) atas kemurahan Allah yang didatangkan melalui suaminya. (Jarang terdapat orang perempuan yang mau mengucapkan terima kasih atas pemberian suaminya.)
c.    Sering mengkufurkan (ingkar) terhadap nikmat Allah. (Contohnya: Apabila berlaku sesuatu pertengkaran ada isteri yang berkata sudah 10 tahun kahwin dengan awak tidak ada apa-apa pun.)
d.    Gemar bercakap perkara yang sia-sia yang berdosa. (Contohnya: Bercakap mengenai perabot-perabot rumah yang tidak perlu dan mengumpat.)
e.    Kurang akal dan kurang ilmu pengetahuannya dalam agama, yaitu mereka sering tertipu atau terpengaruh dengan bujuk rayu laki-laki, rekan-rekan, alam sekitar dan suasana serta kemewahan lahiriah.
20. Dari Ali bin Abi Talib r.a.: Aku dengar Rasulullah s.a.w. bersabda, “Tiga golongan dari umatku akan masuk neraka Jahanam selama 7 kali umur dunia. Mereka itu adalah:”
a. Orang yang gemuk tapi kurus
b. Orang yang berpakaian tetapi telanjang
c. Orang yang alim tapi jahil
* Adapun yang gemuk tapi kurus itu ialah wanita yang sihat tubuh badannya tetapi kurang ibadat.
* Orang yang berpakaian tetapi telanjang ialah wanita yang cukup pakaiannya tetapi tidak taat agama.
* Orang yang alim tapi jahil ialah ulama yang menghalalkan yang haram kerana kepentingan peribadi.
21.    Asma’ binti Kuraizah al-Fazari r.ha. diriwayatkan telah berkata kepada puterinya pada hari perkahwinan anaknya itu, “Wahai anakku, kini engkau akan keluar dari sarang di mana engkau dibesarkan. Engkau akan berpindah ke sebuah rumah dan hamparan yang belum engkau kenali. Itulah suamimu. Jadilah engkau tanah bagi suamimu (taat perintahnya) dan ia akan menjadi langit bagimu (tempat bernaung). Jadilah engkau sebagai lantai, supaya ia dapat menjadi tiangnya. Jangan engkau bebani dia dengan berbagai kesukaran, karena itu akan memungkinkan ia meninggalkanmu. Kalau ia mendekatimu, dekatilah ia dan jika ia menjauhimu maka jauhilah ia dengan baik. Peliharalah benar-benar suamimu itu akan hidungnya, pendengarannya, matanya dan lain-lain. Janganlah pula ia mendengar melainkan yang enak dan janganlah ia melihat melainkan yang indah saja pada dirimu.
22. Pesanan Luqman kepada anaknya, “Sepanjang hidupku, aku hanya memilih 8 kalimah dari pusaka para Nabi yang lalu yaitu:”
a. Apabila engkau sedang shalat kepada Allah SWT, maka jagalah baik-baik fikiranmu.
b. Apabila engkau berada di rumah orang lain, maka jagalah pandanganmu.
c. Apabila engkau berada di tengah-tengah majlis, maka jagalah lidahmu.
d. Apabila engkau hadir dalam jamuan makan, maka jagalah perangaimu.
e. Ingat kepada Allah SWT
f. Lupakan budi baikmu kepada orang lain.
g. Lupakan semua kesalahan orang lain terhadapmu.
h. Ingat kepada mati.
23. Perkara-perkara yang menjadikan wanita itu durhaka kepada suaminya seperti tersebut di dalam kitab Muhimmah:
a. Menghalang suami dari bersuka-suka dengan dirinya sama ada untuk jimak atau menyentuh mana-mana bahagian tubuhnya.
b. Keluar rumah tanpa izin suami, baik ketika suami ada di rumah atau pun tidak.
c. Keluar rumah karena belajar ilmu yang bukan ilmu Fardhu Ain.
Dibolehkan keluar untuk belajar ilmu Fardhu Ain jika suaminya tidak mampu mengajar.
d. Enggan berpindah (berhijrah) bersama suaminya.
e. Mengunci pintu, tidak membiarkan suami masuk ke rumah ketika suami ingin masuk.
f. Bermasam muka ketika berhadapan dengan suami.
g. Minta talak.
h. Berpaling atau membelakangi suami ketika bercakap.
i. Menyakiti hati suami baik dengan perkataan atau perbuatan.
j. Meninggalkan tempat tidur tanpa izin.
k. Membiarkan orang lain masuk ke dalam rumah sedangkan ia tidak disukai oleh suaminya.
24. Wajib bagi wanita:
a.    Senantiasa malu pada suaminya.
b.    Merendahkan (menundukkan) mata ketika berpandangan.
c.    Mengikut kata-kata dan suruhannya.
d.    Dengar dan diam ketika suami berkata-kata.
e.    Berdiri menyambut kedatangannya.
f.    Berdiri menghantar kepergiannya.
g.    Hadir bersamanya ketika tiba waktu tidur.
h.    Memakai farfum yang harum untuk suaminya.
i.    Membersihkan dan menghilangkan bau mulut untuk suaminya.
j.    Berhias ketika suami di rumah dan tinggalkan berhias ketika suami tiada.
k.    Tidak khianat ketika tiada suaminya.
l.    Memuliakan keluarga suaminya.
m.    Memandang pemberian suaminya yang kecil sebagai suatu yang besar dan berharga.
n.    Ketahuilah, surga dan neraka bagi seorang wanita itu bergantung pada redha atau tidaknya suami padanya.

Cara-Cara Melayan Suami
Tips Cinta ini telah disampaikan oleh saudari Bee di Forum Tentang Cinta.
Kehadiran suami di rumah merupakan satu rahmat kepada setiap isteri. Hanya isteri-isteri yang mendurhakai suami saja yang menganggap kepulangannya suatu yang dibenci karena dibebani dengan berbagai pekerjaan dan tanggungjawab. Amat malang sekali jika masih banyak isteri-isteri yang masih bersikap demikian. Hilanglah tujuan perkawinan apabila isteri sebagai penenang dan penyeri rumah tangga. Di bawah ini dinyatakan cara-cara berhadapan dengan suami.
1. Sewaktu suami berbicara, hendaklah isteri diam mendengarnya dan jangan suka menyahut atau memotong ucapannya.
2. Bila suami marah hendaklah isteri diam, jangan suka menjawab. Sikap suka menjawab, membantah dan menegakkan kebenaran sendiri akan menambah kemarahan suami. Jangan terkejut jika suami angkat kaki meninggalkan rumah berhari-hari atau tidak tahu bertegur sapa dengan anda sebagai denda atas kedegilan anda sebagai isteri. Sebaliknya, kalau suami kembali ke rumah jangan disambung atau diulang-ulangi cerita lama. Sambutlah suami dengan senyuman kasih sayang dan bersegeralah meminta maaf. Jangan tunggu suami meminta maaf dengan isteri, jatuhlah martabat keegoannya selaku seorang lelaki.
3. Kadang-kadang suami sengaja suka mengusik isterinya. Bila dia menyakiti hati isteri hendaklah banyak bersabar, jangan cepat merajuk. Merajuk adalah sifat orang yang tidak dewasa dan seperti perangai keanak-anakan. Coba kita perhatikan perangai kanak-kanak, mereka akan cepat menjerit bila ada sesuatu yang tidak berkenan, terutama kalau yang menegurnya itu ibunya sendiri. Sengaja dihentak-hentakkan kaki meraung sekuat hati meminta simpati dari ibunya.
4. Bila kuku, misai dan janggutnya panjang hendaklah segera dipotongkan (jika panjang janggutnya lebih dari segenggam). Pilihlah hari-hari yang terbaik yaitu hari Senin, Kamis dan Jum’at.
5. Jika dia berhajat sesuatu hendaklah isteri cepat bertindak. Bangun segera bila disuruh. Jangan melengah-lengahkan kemauannya, supaya tidak menimbulkan kemarahan atau rasa tersinggung di hatinya. Janganlah isteri acuh tak acuh, hatinya akan kecewa dan menandakan isteri sudah tidak taat padanya.
6. Hendaklah memasak mengikut kesukaan suami bukannya ikut selera isteri. Kalau suami suka makan gulai kari atau masak lemak cili api, janganlah kita masak lauk asam pedas atau ikan goreng. Suami akan gembira bila seleranya ditepati. Janganlah pula ikan yang menjadi mangsa, diketuk lengkang-lengkung hingga hancur kerana meradangkan sikap suami yang mahu lauk tersebut dimasak mengikut seleranya sedangkan isteri tidak menggemarinya.
7. Apabila pakaian suami robek atau lepas kancingnya, hendaklah segera dijahit. Jahitlah dengan sebaik yang anda bias, supaya pakaian itu kelihatan kemas dan cantik. Jangan dibuat sambil lalu karena jahitan tersebut akan melambangkan peribadi isteri baik ikhlas atau terpaksa. Semua suami akan merasa bangga jika pakaiannya dijahit sendiri oleh jari-jemari halus isterinya, sekurang-kurangnya dapat menampung ekonomi rumahtangga.
8. Sediakan selalu barang-barang keperluan di dalam saku baju dan tas suami yaitu sikat, celak, cermin kecil, minyak wangi dan kayu siwak. Jangan menjadi kesalahan seandainya suami menolak segala persediaan tersebut tetapi sekurang-kurangnya sediakanlah minyak wangi dan kayu siwak.
9. Bila bertembung kehendak suami dan anak-anak, dahulukanlah kehendak suami, begitu juga dengan kehendak ibu ayah. Sekiranya suami ingin dilayan hendaklah ditaati meskipun isteri berada di dalam keadaan letih. Melayani suami merupakan satu pahala besar keatas setiap isteri kecualilah jika suami kita meredhainya.
10. Apabila menggunakan harta suami ataupun duit yang hendak kita hadiahkan kepada ibu bapa maka mintalah izin darinya terlebih dahulu. Jangan beri dahulu kemudian baharu diberitahu kepadanya. Siapa tahu mungkin wang itu amat diperlukan sedangkan isteri sewenang-wenangnya telah menghadiahkan kepada orang lain, suami dapat pahala sedangkan isteri tidak dapat apa-apa. Sebenarnya meminta izin itu ialah sebelum melakukan sesuatu tindakan bukannya setelah perkara itu berlaku diberitahu. Ini silap sebenarnya tapi kes-kes seperti inilah yang sering berlaku di kalangan para isteri.
11. Sentiasa berada di dalam keadaan bersih dan kemas ketika suami berada di rumah. Isteri hendaklah berada di dalam keadaan berwangi-wangian supaya hatinya senang untuk bersenda gurau dengan isterinya.Ketahuilah bahawa bersenda gurau antara suami isteri juga merupakan salah satu ibadah yang diredhai oleh Allah swt.
12. Air minum suami hendaklah sentiasa disiapkan jangan sampai dia minta biarpun sekadar air masak sejuk. Sebaik-baiknya sediakanlah minuman panas seperti kopi, teh atau susu. Air panas elok disimpan di dalam termos supaya memudah dan menjimatkan masa kita. Kalau boleh sediakan kuih-kuih ringan seperti karipap, cucur, bubur, apam ataupun biskut kering. Hal ini juga dapat mengelak anak-anak dari membeli makanan ringan di kedai yang tidak mengandungi zat di samping tidak terjamin kebersihannya.
Akhir kata hendaklah isteri sentiasa menghormati dan memuliakan keluarga suami. Bersikap ramah-tamahlah dengan keluarganya dan bersabarlah di atas segala tindakan mereka jika ada yang bertentangan dengan syariat. Di sinilah peranan isteri untuk berdakwah kepada mereka tetapi biarlah berhikmah dan kena caranya agar setiap tindak-tanduk kita dikasihi dan dihargai oleh mereka seterusnya menjadi menantu atau ipar yang dicontohi akhlak, peribadi dan ibadahnya

Tidak ada komentar:

Posting Komentar